**KNizam_FotoBlog**
By: KNizam Omar

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  5  6  7  8  9  10  11  [12]  13  14  15  16  17  18  19  >  >>]    [Archive]
Thursday, 3-May-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
Jalan-Jalan kat TCI Treasure Hunt 2007 - Last Check Point. Yahoo

lepas berjaya mengharungi cabaran2 dan kesemua clue2 kat kellie's castle ngan kapal korek batu gajah, kitaorang kena terus pegi ke tambun ipoh. by the time sampai kat area limau bali nampak a few hunters nak beli limau bali. heheheheh ramai la gak yg dengar perak fm tu kan. ingatkan kitaorang je yg tahu pasal limau bali tambun tuh. heheheh. so off we go to tambun. beehoon goreng dah basi la plak. lapar yang teramat sangat. sempat minum air he. hampeh mmg lapar giler time nih.

ada lagi dekat 1/2 jam. patutnya sampai kul 1630hrs tapi rasanya kitaorang akan lambat 1 jam la. anyway tak pernah la plak treasure hunt yang kitaorang masuk tak abes kan. so walaumacammana sekalipun kena habiskan jugak la kan. hehehhee. so lepas a few clues kena settlekan kat area tambun tuh, kitaorang terus je nak pegi ke lost world of tambun nak submit semua clue2 yang kita orang solvekan tuh. heheheheheeh akhirnya berjaya gak habeskan kesemua clue2 ni kan.

so sampai kat area lost world of tambun around 1730hrs. memang dah lambat 1 jam. nak wat camner memang jauh and then penat giler. lepas submit semua harta karun ngan jawapan. kitaorang blah terus pegi kat giant tambun tuh. sebelah lost world je. lapar punya pasal terus masuk pizza dan tak sabar2 nak melantak makanan. satu hari tak makan weiiiii. kebulur pun ader gak kan......so malam ni akan ada dinner kat heritage hotel kat ipoh and then akan ada prize giving ceremony. taklah harap nak menang kan. dah la sampai lambat. clue pun tak tentu lagi betul ke idak kan. hehehehehe. tengok je la nanti eh

soalan sector 2

29 - ee.. kalau dibuang, boleh berlakon jadi sultan melaka
30 - apa yang ada di celah kuku?
31 - tengok di belakang untuk menikmati ayam goreng sehingga menjilat jari
32 - kaki makan pai pening membeli barang keperluan dapur di sini

soalan sector 3

33 - bunyi macam salah sebuah kelab bolasepak terkemuka di andalusia yang sebenarnya
34 - laksa basi
35 - jika anda keluar dan toleh ke belakang, pastilah nampak bumbungnya
36 - where is the quality?
37 - berapakah saiznya?
38 - alunan suara bekas isteri pengetua af5
39 - kawan-kawannya percy, gordon, toby, james dan edward mungkin boleh ditemui di pekan ini menerusi saluran ceria astro
40 - perisik kelakar yang kehilangan banyak tenaga telah dikelirukan di sini

soalan misteri

1 - ".....kerana kami yakin program seumpama ini akan dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan, kakitangan dan rakan-rakan perniagaan tci....." dari kata ucapan siapa?
2 - ke manakah tci charity hunt ke 4 telah diadakan? tahun bila?
3 - no L apa nama?
4 - apakah wawasan 2020 tci?
5 - nyatakan 3 syarikat kabel yang menjadi penyumbang dalam tci charity hunt ini






Wednesday, 2-May-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
Jalan-Jalan kat TCI Treasure Hunt 2007 - Kapal Korek Bt Gajah

naik juling mata menyusun balik gambar2 ni atas pasir tuh. heheh
nak korang nyer clue. settlekan ya! hampeh!
giler besar kapal korek ni, kalau suruh explore sure best kan...
sampai kat kapal korek ingatkan kena buat apa la kan, rupa2nya kena susun balik gambar kapal korek tuh. kitaorang ceraikan semua gambar supaya senang sket nak susun kan. heheheheeh taktik yang sungguh berkesan. kalau nak susun camtu je without cerai2kan sure juling mata hitamku jadinya kan. hehehehehee



Tuesday, 1-May-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
Jalan-Jalan kat TCI Treasure Hunt 2007 - Kellie's Castle !!!

heheheh semua clue ada kat sini je la....hampeh!
ni ler 1st time aku datang kat sini weiii
cun gak kellie's castle kat batu gajah ni kan, ada sungai beb
sampai je kat kellie's castle dapat lagi soalan jalan kaki. so kena la pergi menapak ke kellie's castle. aku ngan nash dah tak larat masa nih. dah la tak makan lagi kan. and then makan telur rebus je tadi. perut terasa lapar plak beb! camni je la, kitaorang tak nak masuk castle itu, so kitaowang baca je la kat signboard dia. semua jawapan ada kat situ la.....seronoknya rasa. buat mission jalan kaki kali ni kejap giler. datang, park, amik clue, jawab then chowwwwww....masa pun dah kul 1500hrs masa ni beb. ada banyak lagi soalan tak jawab ni kan.......next mission kena la plak pergi ke area kapal korek.

soalan jalan kaki kellie's castle batu gajah

anda dikehendaki menjawab soalan-soalan berdasarkan pemerhatian anda semasa melawat kellie's castle

1 - tahun bilakah kellie smith datang ke malaysia?
2 - dari negara manakah marble untuk pembinaan bangunan ini diimport?
3 - apakah nama rumah pertama tuan kellie?
4 - tahun bilakah kellie mendapat anak perempuan bernama helen?
5 - roh siapakah yang dikatakan masih berlegar-legar di koridor bangunan?




Monday, 30-Apr-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
Jalan-Jalan kat TCI Treasure Hunt 2007 - Sg Klah Hot Spring

lepas tanjung malim kena plak pergi ke sg klah hot spring untuk submit semua answers sector 1 kat check point pertama nih. so kena jugak mission ngan xtvt jalan kaki. aku ingatkan dekat la sg klah ni ngan exit highway. sekali jauh giler daaaaaa. dekat 40km tuh. dah la bila masuk felda jalan kecik giler, kalau bertembung seram la kejap aku. keretau aku dah jadik macam 4wd plak. hehehehehhe kena servis balik nanti ni kan. akhirnya setelah lama giler drive sampai gak la kat sg klah hot spring. raa seronok plak masa ni kan. ye lah kalau tak kerana treasure hunt takde la aku nak pegi kat sg klah ni kan. sampai je tengok2 dah banyak la jugak kereta dah sampai. hampeh la camnih kan. ingatkan antara yang terawal, sekali lambat jugak. sampai kat check point ni kul 1430hrs. sepatutnya kul 1330hrs tadi dah sampai la. hehehehehe

masuk je jumpa organiser then terus la amik mission ngan soalan jalan kaki. soalan semua aku ada letak kat bawah ni ya. hehehehehee. kita orang kena amik 4 biji telur and the masak then kena makan. heheheheeh seb baik la makan telur separuh masak. kalau mentah maunyer naya kan. heheheehe. dalam masa yang sama gak kitaorang kena plak carik2 clue pasal pokok2 kat area hot spring ni kan. mencabar gak la soalan dia. takde la senang sangat. hampeh ada tu mmg aku tak tahu langsung la. camni.....pokcik tensionnnsss la. hehehehee. lepas melantak sorang 2 biji telur terus kitaorang blah. best gak la pengalaman masak telur sendiri kat hot spring ni kan. saper2 nak cuba memang bagus. la kan.....heheheheeh. lepas dapat clue kitaorang kena pegi ke pekan batu gajah and then ke kellie's castle dahhhh.....of we go!

misi 1

setiap peserta dikehendaki merebus telur dengan menggunakan air panas semulajadi dan memakan sebiji seorang. cari lokasi tersebut dengan berjumpa dengan marsyal bertugas

soalan jalan kaki sg klah hot spring

anda dikehendaki menamakan nama tumbuhan yang terdapat di sepanjang jalan menuju ke tempat melakukan misi 1 berdasarkan soalan2 di bawah. jawapan yang dikehendaki mungkin dalam bahasa malaysia ataupun nama sains yang diberikan, bergantung kepada soalan yang diberikan

1 - biasa dilakukan oleh ibubapa
2 - anak dara tua mengamuk
3 - ramuan penting kopi jantan
4 - panic don't share icy peas
5 - kumpulan bersiap memburu, bertekad pergi dan hilang pada akhirnya





Sunday, 29-Apr-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
Jalan-Jalan kat TCI Treasure Hunt 2007 - Bangi-SgMerab-Puchong

takkan puspakom jawapan dia kot...hehehehe
the origin of bun? flour ke eh?
klinik karisma kappor pun ader kat sini eh? hehehehe
kitaorang mula2 kena carik2 clues kat area bangi industrial park. actually kat area2 kilang tci tu jugak. punya la tak mencabar kan. hehehehe. tapi not bad la jugak. soalan yang mula2 pasal cikgu jepun. seb baik dapat jawab. then lepas terpusing2 area kilang, kitaorang kena pergi ke bus stop kajang. bus stop ni aku tak pernah pergi. tu yang terlepas tuh. sekali nampak kereta keluar dari bus stop dan kereta kitaorang dah terlepas pun bus stop tuh. ni yang aku menyampah kalau pakai tulip map. sekali terlepas jalan or kena patah balik sure lah mileage kereta akan lari kan. hehehehe. lantak lah dengan mileage tu kan. kena la adjust balik.

lepas gi area kilang2 ngan area bus stop tuh, kitaorang kena plak pergi area sg merab. area ni memang la aku biasa sangat kan. mana taknyer, tempat bermain2 aku masa amik degree kat uniten dulu2. circa 1995-1999. hehehehe. so ada gak la area yang aku selalu makan. jadi tak jadi masalahkan kat sini. restoran ct tu memang aku nampak tak yah tengok pun takpe. heheheh sebab pernah lunch kat situ la. so all in all ada la soalan2 yang kitaorang dapat dan agaklah banyak yang kitaorang hentam keromo je sebenarnya. masuk hunt bukannya nak menang sangat pun kan. just nak for fun and then melawat tourism spots. setakat melawat kedai2 tu bila2 masa je boleh kan

lepas tu kena pergi ke area taman prima puchong. aku ngan nash sudah tersalah masuk jalan la pulak kan. so terlepas la simpang sebelah ldp tu. apa lagi nak u turn punya la jauh. hilang dekat 10km. jauh tu nak adjust balik mileage kereta aku masa tuh. lantak ko lah kan. janji jumpa. actually route ni kitaorang dah pernah sampai masa mobile income hunt 2007 yang hempeh tuh. still boleh terlepas simpang tuh and then tersesat ke mana ntah. hehehehehehe

lepas tu terus masuk highway ldp all the way ke elite and then ke nkve sebelum bersambung dengan plus highway ke tanjung malim exit. lepas ni kena pergi ke sg klah hot spring. so macam best je kan. on the way kat elite tu siap boleh singgah kat kedai mesra nak beli treasures. kitaorang tahu jawapannya mamee tapi nak beli perisa apa eh? ada la kari berapi, laksa wow dengan ayam sensasi. satu mawi, amelia ngan felix. tapi mana satu nak beli ni eh. apa2 pun pegi answer mother nature calls dulu la kan. siap beli air teh hijau kegemaranku sekali kat sini. beehon goreng yang organiser bagi pun tak sempat nak makan. kitaorang rasa cam dah lambat je la masa nih. so kena speed up a little. tapi takut la plak sebab banyak gak polis tengah buat speed trap kat plus masa ni kan. heheheeheheh

lepas masuk highway aku cuba nak dapatkan perak fm. sekali tak dapat2 la. hampeh tul. masa ni dah dekat tengah hari dah. hari dah makin panas. terasa tension pun ader gak tahu tak! heheheehh teremo lak kejap. sowiiiiii yer. masa kat highway ni tulip dah ok jer.....so sampai je kat area tanjung malim, kitaorang kena carik clue kat town tanjung malim plak la kan. ni la 2st time aku masuk ke town tg malim nih. ingat nak la carik pau tg malim yang famous tuh, sekali tak sempat da, cuaca cam nak mendung je. dah separa lambat ni kan. so lepas hentam je clue kat sini aku mencari plak t-drops. ni gula2 jawapan untuk treasure tuh. sekali ada satu kedai ni jual in bulk plak. jual satu paket. hampeh camner aku nak beli ni eh? how come no kedai jual 1 je t-drops ni eh? kat mana nak carik ni weiiiiiii! lupa nak habaq yang kitaorang dah beli gula pasir kasar 2 kilo masa kat sg merab tadi....heheheheh so 3 treasure dah dapat. tengah nak solve treasure pasal mamee ngan nak dengar perak fm je nanti

treasure's questions

treasure 1
ada satu harta yang kami cari
kandungan tinggi dalam vitamin b1, b6, d12 & e
c tambah kuasa adalah jenis yang kami kehendaki
bawa satu tin, 4 markah akan kami beri


treasure 2
this treasure is something that we eat
sounds like mum in the north region is what it is
yes in the morning, the flavour that we seek
four points waiting if you submit one packet to me


treasure 3
lagu lama masih diminati
mula senarai berikut diberi
kekasihku, anggapanmu, sembilu, awas, ratuku
bawakan 2kg, markah penuh kami beri dengan senang hati


treasure 4
ada gambar macam huruf "t" yang terbalik dan ada gambar macam buah oren

treasure 5
kena dengar radio perak fm la nanti kan!






[<<  <  5  6  7  8  9  10  11  [12]  13  14  15  16  17  18  19  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net