**KNizam_FotoBlog**
By: KNizam Omar

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  6  7  8  9  10  11  12  [13]  14  15  16  17  18  19  20  >  >>]    [Archive]
Saturday, 28-Apr-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
Jalan-Jalan kat TCI Treasure Hunt 2007 - Briefing & Flag Off

dah nak ready to flag off ni weiiiii
ramainyer makhluk berwarna kuning pagi ni kan....hehehe
nak amik korang nyer tulip map ngan beehoon goreng....yummmyyyy
pagi sabtu tu aku ngan nash bertolak dari melawati around before suboh. sempat la nak suboh kat masjid melawati and then terus drive direct ke tci bangi. terasa cam awal sangat la plak kan. so kitaorang pergi breakfast kat rnr serdang. ada la nasi lemak dengan mee goreng yang kitaorang belasah masa pagi tuh. memang la sedap sebab perut pun tengah lapar kan. so lepas breakfast yang ala kadar terus la pegi ke tci bangi. kitaorang tak perasan yang this will be the only meal yang kitaorang akan makan until 1730hrs nanti. yep sepanjang hari nanti tak sempat nak makan pun beb!

bila sampai je kat tci bangi dah banyak kereta. so kitaorang nyer kereta kena la park belakang2 sket kat area kilang tuh. hampeh tol la. dah la masa masuk main gate tuh pak guard siap silap bagitau kitaorang tempat berkumpul. last2 kena berpusing2 kat area car park sebelum kitaorang recognise kat mana nak pusing the tci kilang tuh. last2 dapat la parking yang belakang. tapi takpe la kan. biasanya masa hunt yang besar mmg kitaorang akan dok kat belakang pun. hehehehe

lepas briefing finale by penganjur semua akan masuk ke dalam kereta and then ready for flag off ceremony. kitaorang takde la target nak menang dalam hunt kali nih. sebab kali ni kitaorang adalah beginner and 1st time nak masuk tci treasure hunt. so kitaorang tak tahu lagi camner rupanya tulip map dia. soalan2 nyer camner kan. so mungkin susah dan mungkin juga senang.

masa nak flag off kitaorang dah dapat 28 soalan untuk clue sector 1. perghhhh memang banyak tu kan, semua sekali ada 40 soalan so sector 1 yang covered antara tci bangi ke sg klah hot spring akan cover 28 soalan. banyak siot. jaug plak nak berjalan. dah la tak bagi petrol voucher kan. hehehehe. anyway kitaorang pun terusje carik jawapan untuk kesemua clue2 tu kan. sector 1 cover dari area kilang2 kat bangi industrial park, sg merab, tg malim, stesen bas kajang sampailah ke sg klah hot spring kat felda sg klah. memang jauh giler.

dapat sekali soalan misteri, soalan wajib mjkr, dan 4 soalan untuk treasure hunt yang kitaorang kena beli sepanjang jalan. lagi 1 treasure akan dibagitahu melalui radio perak fm from 1200hrs till 1500hrs. masa flag off tak dapat la perak fm kan. so kena tune radio dalam kereta masa masuk area perak la nanti. anyway kat bawah ni semua soalan2 yang banyak giler untuk sector 1. cubalah korang jawab. memang ada yang senang dan ada yang susah dan tricky giler wa cakap lu beb!

soalan tulip sector 1

1 - cikgu jepun khabarnya ada bekerja di sini
2 - pengurusan datang lambat lintang pukang
3 - pelari pecut keliru dengan adat yang mengutamakan pihak perempuan ini
4 - pakar menjaga harimau kacukan negara gajah putih dan afro amerika
5 - kawasan tenaga cable industries yang baru
6 - tempat bintang bollywood mendapatkan rawatan?
7 - hijau hijau hijau
8 - tempat budak-budak belajar kahwin campur aduk
9 - "sayangi daku, peluklah daku....." berkumandang di sini
10 - ada duit dalam jenama kertas yang terkenal
11 - stor simpanan bahan mentah yang ringkas
12 - dari belakang, kita boleh nampak lumba gila pada jam 10 pagi
13 - put of in the middle and you will get the flour
14 - ikan apa?
15 - mengapa harus keluar untuk menjadi pengerusi tci?
16 - tolong, heli kami tonggang terbalik
17 - anggaplah seperti aku mahukan kamu
18 - parti politik negeri yang amat berharga ini diketuai oleh ahli parlimen sungai siput
19 - silalah menjadi semut mabuk setelah ketinggalan datuk yang digossipkan dengan bekas isteri yusri kru
20 - see! it must be included at the back, so that if you turn them all around, you will get the hunt organizer's main product
21 - 50 score!
22 - idaman wanita yang disimpan bersama barangan getah
23 - tipers
24 - kemasukan mahathir pada awalnya melengkapkan kerja-kerja sebelum pilihanraya yang kacau bilau
25 - ada penghalang di tengah permulaan atuk dan opah
26 - sinonim dengan lee kuan yew
27 - love is needed for you to cry
28 - ivivivi vividly viewed



Friday, 27-Apr-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
Jalan-Jalan kat TCI Treasure Hunt 2007 - Orange Car Stickers

sticker tepi dah tampal. pedang setiawan dapat no 73 beb
sticker cenonet kat belakang pun dah tampal dah...hehehe
lawa gak design tci treasure hunt 2007 ni kan....saper la yg wat
tahun ni group treasure hunt kitaorang - pedang setiawan memang nak sangat masuk treasure hunt yang dianjurkan oleh tci - tenaga cable industries, salah satu daripada anak syarikat tnb. this is a close treasure hunt. only open for tci staff, tnb staff and tci vendors only. ini kali ke-6 tci buat treasure hunt and all these while kitaorang tak tahu pun ada treasure hunt ni kan. hampeh tol la kan.

last year treasure hunt buat dari bangi ke kuantan via cherating. ended kat impiana cherating resort. dengar cerita memang best giler last year. banyak physical; activities macam kayaking etc. tapi this year masa aku attend briefing petang jumaat takde la banyak activity physical. so nampak cam rileks je la kan. tapi kali ni kena bawak baju untuk aktiviti air. perghhhhh amende la plak nak buat kan. jangan la suruh menyelam dalam pool or sungai nak cari guli or menda2 dalam air. malas la aku nak keluar masuk air camtuh. dah la aku driver nanti kan.

patutnya kita orang pegi bertiga. memang biasanya pedang setiawan bertreasure hunt bertiga pun. tapi kali ni terpaksa la pergi bertreasure hunt berdua je. 3rd person tarik diri last atas sebab2 yang tak dapat dielakkan. berdua pun berdua la kan. duit semua dah bayar and then dah register plak tuh. so kenalah proceed. malas la plak nak panggil lagi sorang sebagai pengganti. takut plak takde chemistry. lagi haru biru nanti kan.

kali ni tci buat treasure hunt dari tci bangi ke tambun ipoh. akan ended kat lost world of tambun. amendelah aktiviti kat tambun nanti kan. sure la berbasahan kat sana nanti. hampeh la plak. dah kitaorang berdua. kalau dua2 basah, sapa la plak nak drive and baca tulip map nanti kan. apa2 pun belasah je lah. malas den nak fikirkannya nanti.

ni sticker yang kitaorang dapat sebelum treasure hunt pagi sabtu tuh. ada 2 sticker besar and then 1 sticker kecik nak kena tampal kat belakang. so far sikit sangat la sticker dia. dapat la satu papaer bag yang cun. 4 t-shirt kuning yang striking giler and then pen etc. tak la banyak goodies dia kan. nampak sponsor cam berlambak tapi gooodies sket je kan. mungkin nak spend banyak masa dinner ngan kat lost world tambun kot.




Wednesday, 11-Apr-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
Jalan-Jalan kat Low Yat Plaza, KL - O2 Xda Atom Life cam best!

cam best je o2 xda atom life ni kan







Tuesday, 10-Apr-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
Jalan-Jalan kat Sg Klah Hot Spring, Perak - Jom Rebus Telur!

aktiviti merebus telur sempena tci treasure hunt 2007 kat SgKlah


Monday, 9-Apr-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
Jalan-Jalan kat Kelab Darul Ehsan, Ampang - FMDC Gathering 2007

fmdc gathering 2007 - national mega gathering!
just click at the below image for details ya



[<<  <  6  7  8  9  10  11  12  [13]  14  15  16  17  18  19  20  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net